Monday, 11 March 2013

Tokoh Yang Saya Sanjungi


                             Tun Dr. Mahathir Mohamad

                                                           
  
           
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

 Latar Belakang

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan

Pendidikan

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas
mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.


 


Tempoh berjawat
15 September 1978 – 16 Julai 1981
Didahului olehHussein Onn
Digantikan olehMusa Hitam
Tarikh lahir10 Julai 1925 (umur 87)
Tempat lahirAlor Star, Kedah Darul Aman
Parti politikUMNO
PasanganDr. Siti Hasmah
PekerjaanDoktor
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Mahathir bin Mohamad